Peluang Kerjaya

Saya ingin mempelawa anda untuk menyertai SMART Consultant Team dan menjadi Unit Trust Consultant (UTC) Public Mutual yang merupakan syarikat unit amanah No. 1* di Malaysia secara full time/part time.

pm_no1

Kerjaya ini telah memberikan saya kehidupan yang lebih menggembirakan, masa yang lebih flexible, kenalan yang ramai dan pendapatan yang sangat lumayan.

Syarat untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant adalah anda perlulah berumur 21 tahun dan mempunyai kelulusan SPM. Namun begitu, untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant yang berjaya, anda haruslah proaktif, sukakan cabaran, berwawasan dan sentiasa berfikiran positif.

Tugas Seorang Unit Trust Consultant adalah:

a. Mempromosikan pelaburan unit trust.

b. Memberi servis @ perkhidmatan yang baik kepada para pelabur dengan membantu mereka memulakan pelaburan, menambah pelaburan dan memberi nasihat sewajarnya berhubung pelaburan mereka.

Jangan keliru!

Untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant, kita  tidak semestinya perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam di dalam bidang pelaburan saham. Ini kerana, wang pelaburan akan diuruskan oleh pengurus dana profesional yang memang sangat arif  di dalam bidang pelaburan.

Namun begitu, jika anda ‘very good with numbers‘, mempunyai ‘common sense‘ yang tinggi, dan sangat berminat dengan kerjaya di dalam bidang pelaburan, ia merupakan satu peluang kepada anda untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant yang cemerlang.

Sebagai Unit Trust Consultant bagi Public Mutual Berhad yang merupakan syarikat unit amanah tersohor di Malaysia, anda didokong oleh pengurus dana yang telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang. Untuk melihat anugerah-anugerah yang diterima oleh pengurus dana Public Mutual, sila klik di sini.

islamic award

*Antara anugerah yang telah dimenangi oleh Public Mutual iaitu Best Islamic Fund Manager Asia

Saya selalu menganalogikan kerjaya ini seperti kita menjadi salesman kepada kereta BMW.  Kita tidak perlu tahu terlalu mendalam tentang kereta BMW sepertimana jurutera yang merekabentuk kereta tersebut; cukup sekadar mengetahui tentang fungsi dan kelebihan yang ada pada kereta BMW. Namun begitu, jika kita pandai menjual kereta BMW, kita akan mendapat pendapatan yang berlipat kali ganda berbanding pekerja-pekerja yang terlibat di dalam proses pembuatan kereta tersebut.

Malahan, dengan membawa jenama Public Mutual yang memang sudah terkenal di dalam pelaburan unit trust, pelabur yang mahu melabur tidak terlalu memilih dengan Unit Trust Consultant mana mereka berurusan, asalkan mereka dapat melabur di Public Mutual. Ibaratnya pembeli yang sudahpun berniat untuk membeli sebuah BMW dan pergi ke showroom tanpa mengira dengan salesman mana dia akan berurusan.

Anda juga boleh merujuk ruangan FAQ untuk mendapat jawapan tentang soalan yang sering ditanya berkenaan kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant..

Antara Kelebihan menjadi Unit Trust Consultant ialah:-

1) Unlimited Income Potential (Direct / Indirect Commision)
Di Public Mutual, anda akan dibayar setimpal dengan usaha anda. Sebagai seorang Unit Trust Consultant, komisyen anda adalah seperti berikut:

Pelaburan tunai: 2.75% daripada jumlah sales
Pelaburan EPF  : 2% daripada jumlah sales

Sebagai contoh, pada bulan pertama sahaja saya mendapat jumlah sales sebanyak RM70,000 daripada pelaburan tunai. Dari sini, saya mendapat pendapatan sebanyak RM70,000 x 2.75% = RM1925.

Okay la untuk bulan pertama, betul tak?

Baru-baru ini seorang rakan saya, Puan Zayana Onn dari Public Mutual Cawangan Johor Bahru telah berjaya mendapatkan jumlah pelaburan atau sales sebanyak RM1,000,000 daripada seorang pelabur. Berapa jumlah komisyen yang dia dapat? RM1,000,000 x 2.75% = RM27,500. Hebat bukan?

Jumlah ini adalah bersamaan dengan pendapatan tahunan seorang pekerja yang berpendapatan RM2000 sebulan.

Walaupun komisyen untuk pelaburan EPF adalah agak kecil berbanding pelaburan tunai, tetapi pelaburan EPF  boleh memberikan kita pendapatan yang berterusan. Ini kerana, pelabur EPF boleh melabur setiap 3 bulan. Jika kita berjaya meyakinkan para pelabur kita untuk terus melabur setiap 3 bulan, secara tidak langsung kita akan mempunyai sejumlah sales yang tetap setiap bulan.

Sebagai contoh, salah seorang pelabur saya mampu untuk melabur menggunakan EPF (berdasarkan pengiraan yang ditetapkan oleh pihak KWSP) sebanyak RM10,000, dengan ini saya akan mendapat komisyen sebanyak RM10,000 x 2% =RM200. Selepas tiga bulan, jika dia melabur lagi sebanyak RM10,000, saya akan mendapat lagi RM200 daripada pelaburannya.

Ada seorang rakan saya telah mendapat seorang pelabur yang mempunyai lebih RM1,000,000 di dalam EPF. Daripada jumlah ini, beliau layak untuk melabur melebihi RM300,000 dan rakan saya telah mendapat komisyen melebihi RM6000 hanya daripada pelaburan beliau.

Memandangkan pelabur ini merupakan seorang yang sangat berminat untuk melabur, dia juga bercadang untuk menambah pelaburannya setiap 3 bulan. Dengan ini rakan saya akan mendapat pendapatan tetap yang lumayan daripada pelabur ini.

Alhamdulillah setelah menceburi bidang ini selama 3 tahun, saya telah memiliki lebih 300 klien dan hampir 1/3 daripadanya adalah klien yang melabur menggunakan EPF. Dengan ini, secara tidak langsung saya mempunyai sejumlah sales yang tetap setiap bulan yang telah membantu saya menjana pendapatan yang sangat lumayan.

1.1 Overriding Daripada Jualan Kumpulan

Di Public Mutual, terdapat 4 pangkat iaitu Agent, Agency Supervisor, Agency Manager dan Group Agency Manager. Perbezaan komisyen untuk setiap pangkat adalah seperti berikut:

Pangkat                                     Sales Cash          Sales EPF

Agent                                                 2.75%                    2.00%

Supervisor                                      3.32%                    2.29%

Manager                                           3.69%                    2.47%

Group Agency Manager            3.95%                    2.60%

Sebagai contoh mudah, seorang Group Agency Manager yang mempunyai jualan kumpulan sebanyak RM10,000,000 akan mendapat overriding dari RM26,000-RM120,000 (berdasarkan pelaburan tunai dan bergantung kepada pangkat agent di dalam kumpulannya).

2) Bonus Tahunan

Bayaran bonus adalah berdasarkan jumlah jualan sepanjang tahun.

Jikalau anda bekerja makan gaji, walaupun anda telah bekerja bersungguh-sungguh, anda mungkin hanya menerima bonus yang sangat sedikit dan tidak setimpal dengan usaha anda.

Di Public Mutual, setiap usaha anda akan diberikan ganjaran yang setimpal. Lagi banyak jualan anda, lagi besarlah bonus tahunan anda. Sangat adil!

3) Free Incentive & Challenge Trip.
Setiap tahun, Public Mutual akan melancarkan kempen ‘Free Incentive & Challenge Trip yang mana UTC yang layak akan ditaja untuk melancong di destinasi yang ditetapkan. Untuk tahun 2010, destinasinya adalah New Zealand, Beijing dan Phuket (bergantung kepada jumlah jualan tahunan). Jumlah jualan yang diperlukan adalah dalam lingkungan RM700,000 dan ke atas.

Pada tahun 2008, saya telah berjaya mencapai target untuk pergi ke Hangzhou, China seawal bulan Jun tanpa saya sedari. Padahal pada masa yang sama saya sangat sibuk dengan pengajian Masters saya. Setelah mencapai target tersebut saya mula menyedari bahawa target yang diberikan adalah sangat realistik dan achievable.

Pada bulan Mei 2009 saya dan rakan-rakan UTC yang lain telahpun mengikuti lawatan ke China. Tak dapat digambarkan betapa seronoknya dapat bercuti dengan pakej yang sangat istimewa yang ditaja sepenuhnya oleh Public Mutual. Di samping mengenal tempat baru, saya juga telah berdampingan dengan rakan-rakan yang hebat dan mendapat banyak ilmu daripada mereka. Bagi saya pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Insya’Allah pada tahun hadapan saya bercadang untuk membawa suami bersama-sama.

Saya dan rakan-rakan Unit Trust Consultant yang cemerlang bergambar di pintu masuk ke West Lake, Hangzhou.

4) “Career Benefit”
Career Benefit ini bolehlah dianggap sebagai residual income yang akan dibayar setiap bulan. Pengiraannya adalah berdasarkan jumlah Asset Under Management (AUM) iaitu jumlah keseluruhan pelaburan oleh klien kita. Dengan kata lain, selagi pelabur kita tidak menjual pelaburan mereka, selagi itulah kita akan mendapat Career Benefit ini.

Peratusan Career Benefit ini agak kecil berbanding Direct Commission tetapi jika kita telah menceburkan diri di dalam bidang ini untuk beberapa tahun dan mempunyai AUM yang besar, maka besarlah jumlah yang akan kita perolehi.

Sebagai contoh, UTC yang mempunyai AUM sebanyak RM15,000,000 akan mendapat Career Benefit kira-kira RM2500 setiap bulan.

5) Career Prospect
Anda boleh mengembangkan kerjaya anda dengan menggunakan subsidi daripada Public Mutual untuk menjadi Certified Financial Planner (CFP). Sebagai seorang CFP, kredibiliti anda akan bertambah dan boleh membantu memajukan lagi perniagaan anda.

Langkah-langkah Untuk Menjadi Unit Trust Consultant

Untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant, anda perlulah menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan dan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM250 kepada Public Mutual (sila rujuk di sini untuk maklumat yang lebih terperinci). Seterusnya anda perlu menduduki ujian CUTE (Computerised Unit Trust Examination) yang dianjurkan dan dikawalselia oleh FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia).

Sebagai langkah persiapan, anda digalakkan menghadiri kelas tutorial yang disediakan oleh Public Mutual di mana-mana agensi yang berdekatan dengan anda di seluruh Malaysia. Selepas lulus ujian, anda akan mendapat kod ejen dan boleh mula memasarkan produk Pelaburan Unit Trust.

Kelebihan Menyertai SMART Consultant Team

Saya sangat mengalu-alukan kedatangan anda untuk menjadi sebahagian ahli kumpulan saya iaitu SMART Consultant Team.

*Logo SMART Consultant Team

Sekiranya anda berada di luar Johor, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana Public Mutual mempunyai cawangan di setiap negeri.

Sebagai seorang Unit Trust Consultant, anda berpeluang untuk menghadiri pelbagai kelas latihan, bengkel dan seminar yang disediakan oleh Public Mutual bagi membantu anda berjaya di dalam kerjaya ini. Walaupun anda mungkin tidak dapat selalu berjumpa dengan saya, saya akan sentiasa bersedia untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan menerusi telefon, YM dan email.

Malah, saya merupakan seorang Unit Trust Consultant yang sangat berpengalaman dan pastinya dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada anda tentang:

  1. Bagaimana untuk mendapatkan prospek secara offline (melalui kenalan terdekat, survey, roadshow dll)
  2. Bagaimana untuk mendapatkan prospek secara online (melalui YM, Facebook, forum, blog dll)
  3. Bagaimana untuk mendapat prospek melalui referral (mendapat contact nama prospek yang berpotensi daripada klien anda. Dengan cara ini, saya tidak pernah kehabisan prospek dan potensi untuk mendapat pelabur dengan cara ini adalah sangat tinggi.)
  4. Bagaimana untuk menjadi seorang consultant yang disayangi dan dihormati oleh klien dan mendapat pendapatan berterusan daripada pelaburan mereka
  5. Dan banyak lagi ilmu-ilmu tentang marketing yang pastinya dapat membantu anda menjana pendapatan lumayan di dalam kerjaya ini..

Dengan menjadi ahli kumpulan saya juga, maklumat anda akan dipaparkan di bahagian Team Members di mana anda berpeluang untuk dihubungi oleh prospek yang berada berhampiran dengan lokasi anda. Untuk pengetahuan anda, melalui website ini saya sering menerima panggilan telefon, mesej dan email daripada prospek-prospek dari seluruh pelusuk tanahair.

Walaupun ada sebahagian prospek yang sudi berurusan dengan saya secara jarak jauh, namun kebanyakan prospek adalah terdiri daripada mereka yang langsung tiada pendedahan tentang Pelaburan Unit Trust dan ingin mendengar penerangan secara face to face. Ini merupakan satu peluang yang besar kepada anda. Ini kerana dengan menyertai kumpulan saya, saya pastinya akan memperkenalkan anda dengan prospek-prospek yang berada berdekatan dengan lokasi anda.

Bagaimanakah Caranya Untuk Menjadi Seorang Unit Trust Consultant?

Untuk melihat apa yang perlu disediakan untuk mendaftar, sila klik di sini.

Jika anda inginkan maklumat lanjut atau sudahpun bersedia untuk memulakan langkah pertama sebagai seorang Unit Trust Consultant, sila klik di sini untuk menghubungi saya. Anda juga boleh menghubungi ahli kumpulan saya yang berada berdekatan dengan lokasi anda.

2 Comments

  1. MOHD YAAKOP SALLEH
    Posted August 22, 2010 at 6:41 am | Permalink

    SALAM,
    Saya berminat keterangan lanjut mengenai UTA,dan ingin menjadi agen UT,Sila beri info,

    terimakaseh

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Subscribe without commenting

Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.